AI Generated
Pahala Membesarkan Anak

Pahala Membesarkan Anak
=====
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan kita bahawa kesukaran yang dilalui oleh seorang mukmin dalam mencari nafkah atau membesarkan anak akan menghapuskan dosa mereka. Sabda Rasulullah:
مَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ.
“Ujian terus menimpa lelaki dan wanita beriman pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga dia bertemu Allah dalam keadaan tidak lagi menanggung dosa.”
2. Ketika menghuraikan hadis ini, Ibn Allan menjelaskan bahawa keperitan merasa sakit samada diri atau keluarga, sehinggakan merasa terasing iaitu berjauhan dari keluarga juga dianggap termasuk dalam ujian ini. Kata beliau:
بِالْمَرَضِ وَالْفَقْرِ، وَالْغُرْبَةِ
“(Termasuklah mereka yang diuji ) Dengan penyakit, kemiskinan dan berada di perantauan.”
3. Semua kesukaran yang dilalui akan menyebabkan dosa-dosa kecilnya diampunkan. Kata al-Mubarakfuri:
(وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ) بِالْهَمْزَةِ وَالْإِدْغَامِ، أَيْ: وَلَيْسَ عَلَيْهِ سَيِّئَةٌ؛ لِأَنَّهَا زَالَتْ بِسَبَبِ الْبَلَاءِ.
(Dan tidak ada lagi dosa padanya) iaitu dia tidak lagi menanggung dosa, kerana dosa itu telah terhapus disebabkan ujian.”
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Ulum Hadith Research Centre
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
00:00 / 00:00